Hadis Golongan Berjubah Ahl al-Kisa

Hadis daripada Golongan Berjubah atau dalam bahasa Inggerisnya (The Hadith of The Cloak) (Arabic: حديث الكساء Hadith-e-Kisa) merujuk kepada Ahl al-Kisa. Hadis adalah kisah dari sebuah kejadian di mana Nabi Islam Nabi Muhammad berkumpul bersama Hassan bin Ali, Hussein bin Ali, Ali bin Abi Talib dan Fatimah di bawah jubahnya(lamparan jubah yang besar).Perkara ini diterangkan dalam banyak Periwayatan Hadis, termasuklah Hadis yang yang diriwayatkan oleh Sahih Muslim, di mana Nabi Muhammad secara istimewanya telah mengatakan frasa Ahl al-Bayt (bermaksud rumah tangga Muhammad atau, harfiahnya, orang-orang rumah) daripada bahagian kedua dari ayat 33:33 daripada Al Quran, ayat disebut "Ayat Al-Tathir" atau "ayat penyucian".

Ini adalah pusat hadith dalam hal perbezaan antara Syiah dan Sunni umat Islam (bersama dengan beberapa hadith dan Ayat dalam Al Quran ) kerana ini adalah asas bagi Syiah menyatakan bahawa umat Islam seharusnya hanya tinggal bersama sistem kerajaan yang mengamalkan nasab keturunan dengan garis langsung Nabi Muhammad melalui Fatimah dan Ali bin Abi Talib, selain juga sebagai asas bagi mereka untuk melanjutkan dakwaan bahawa keturunan tertentu Muhammad adalah sempurna: titik-titik penerangan ini membuatkan masyarakat Sunni Muslim sangat tidak bersetuju. Mereka (Muslim Sunni) mendakwa bahawa istilah tersebut mempunyai makna yang lebih luas dan tidak hanya tertentunya akan kuasanya tersebut hanya dalam keluarga Nabi Muhammad sahaja secara eksklusif. Muslim Sunni juga mendakwa bahawa adalah mungkin (adil) untuk setiap orang yang hidup benar-benar dalam iman Islam turut boleh mencapai kemurnian atau kuasa kerohanian yang jitu.